fbpx

Isu pengambilan tanah Kg Sungai Baru akan dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) ketika di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Kampung Baru.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan membangkitkan isu penduduk Flat Kampung Sungai Baru agar dibawa ke dalam sidang Parlimen.

Ia berhubung isu penduduk yang sudah berpindah dari premis tersebut, tetapi masih belum mendapat rumah.

Katanya, sejak lima tahun lalu, terdapat penduduk yang berpindah tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah.

“Sebanyak 95 peratus penduduk sudah berpindah, cuma lima peratus belum pindah. Pemaju yang memindahkan mereka ini sudah datang berjumpa saya, merayu dan meminta tolong macam mana nak mulakan kerja. Sebabnya, mereka tak larat bayar sewa sudah lima tahun.

“Apabila kita tengok soal ini, ia membabitkan satu masalah paling kronik kepada penduduk Flat Sungai Baru. Jadi, saranan saya, kerajaan kena masuk campur untuk menyelesaikan kes ini sebelum pemaju ini bankrap,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Kampung Baru, di sini, hari ini.

Terdahulu, isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru, dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.

Baru-baru ini, penduduk di situ menerima notis mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang memaksa mereka perlu beredar dari tanah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI