fbpx

Lori pandu melulu sebabkan motosikal kemalangan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman papan pemuka (dashcam) kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal yang tular di Facebook sejak semalam.

PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal yang berlaku di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), menghala ke Kepong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan video kemalangan tersebut tular di Facebook, semalam.

Katanya, mangsa yang juga penunggang motosikal itu merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun telah mengalami kecederaan pada kaki.

“Kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 3.30 petang dan laporan polis telah dibuat oleh pihak yang terlibat.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 0139003499 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI