fbpx

Orang ramai mula banjiri Rumah Aidilfitri NS, Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mula memenuhi pekarangan Wisma MBS di Forest Heights, Seremban yang menjadi lokasi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

SEREMBAN – Orang ramai mula membanjiri pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini yang menjadi lokasi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani.

Sebanyak 52 buah gerai makanan menyediakan pelbagai juadah termasuk sate, kambing golek, rendang maman, lemang daun lerek dan apam Johol disediakan kepada orang ramai yang hadir pada majlis bermula pukul 10.30 pagi sehingga 3 petang itu.

Seorang peniaga, Noraziah Ariffin, 36, berkata, dia datang bersama keluarga dari Mambau untuk merasai pengalaman kemeriahan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

“Hari ini saya datang bersama suami dan anak-anak untuk merasai sendiri kemeriahannya. Saya keluar rumah seawal pukul 8.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Seorang suri rumah, R. Viki, 40, pula memberitahu, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada majlis tersebut.

“Memang teruja untuk berjumpa Perdana Menteri di depan mata sendiri. Saya hadir awal supaya tidak terlepas peluang ini selain menikmati pelbagai juadah disediakan,” katanya lagi.

Turut dijangka berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Yang hadir sama, Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Selain Perdana Menteri, turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN