fbpx

STL 2023: Lemon, Azlan perkukuh Penang Black Panthers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Penang Black Panthers yang akan beraksi pada STL 2023 nanti.

SEBERANG PERAI – Meskipun tidak disandarkan harapan ‘menggunung’ menjelang kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2023 bermula hujung bulan ini, Penang Black Panthers dijangka masih mampu untuk memberikan ancaman ‘besar’ kepada pesaing lain dalam saingan itu.

Mengekalkan khidmat perejam import dari Thailand, Aekasit Naphom, skuad Harimau Kumbang itu turut membawa masuk seorang lagi pemain import baharu iaitu Ronnapee Na Nongkhai atau Lemon dari Kelab Sepak Takraw Tentera Laut Thailand yang akan beraksi sebagai tekong.

Lebih menggembirakan, perejam negara, Mohamad Azlan Alias yang pernah beraksi untuk Penang Black Panthers sebelum berhijrah ke pasukan KL Thunder, kini turut kembali untuk memperkuatkan pasukan.

Penolong jurulatih Penang Black Panthers, Ahmad Sufian Napiah berkata, di sebalik perkembangan positif itu, pasukannya masih berdepan dengan beberapa kekangan untuk membentuk pasukan yang lebih mantap musim ini khususnya dalam membina keserasian dan persefahaman antara pemain.

Kehadiran Lemon akan memperkuatkan lagi jentera pasukan Penang Black Panthers dalam STL 2023.

“Pemain import kita baru sahaja sampai ke Malaysia hari ini (kelmarin) kerana tidak mendapat pelepasan awal daripada majikannya dan empat pemain kita juga berada dalam skuad negara ketika ini sekali gus menyukarkan mereka untuk menjalani latihan bersama pasukan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pasukan Sepak Takraw Penang Black Panthers serta upacara menandatangani perjanjian-perjanjian penajaan untuk kejohanan Emas Anuar STL 2023 semalam.

Sebanyak RM600,000 diperuntukkan di bawah perjanjian penajaan atau Title Sponsor-STL 2022/23 untuk kejohanan STL kali ini dan syarikat Perniagaan Emas Anuar turut menyerahkan tajaan sebanyak RM250,000 kepada pasukan Penang Black Panthers untuk kejohanan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, agak sukar untuk Penang Black Panthers meletakkan sasaran yang tinggi pada kejohanan kali ini memandangkan sehingga kini, latihan berpusat secara intensif atau sepenuh masih tidak dapat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI