fbpx

Pakaian Agong, Permaisuri antara lima terbaik pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III di geraja Westminster Abbey, London semalam.

PETALING JAYA – Set persalinan yang dipakai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara lima pakaian yang mendapat pujian media antarabangsa.

Persalinan tersebut dipakai kedua-dua Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di gereja Westminster Abbey, London semalam.

Difahamkan busana baginda direka daripada butik Datuk Rizalman Ibrahim yang juga pereka fesyen tersohor tanah air.

Pada istiadat tersebut, Al-Sultan Abdullah mengenakan sut putih berseluar hitam bersama selempang merah, manakala Tunku Azizah memakai baju kurung kuning cerah bersama hiasan berwarna perak.

Menurut laporan portal antarabangsa, Bazaar itu juga, persalinan yang dipakai Raja Felipe IV dan Permaisuri Letizia daripada Sepanyol berada di kedudukan pertama.

Berada di tempat kedua adalah persalinan yang dipakai oleh Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida dari Thailand, manakala tempat ketiga adalah persalinan yang dipakai oleh Pemerintah Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan isteri Sheikha Jawaher Hamad Suhaim Al Thani.

Lapor portal berita itu lagi, persalinan yang dipakai Putera Mahkota Frederik dan isteri Puteri Mary dari Denmark berada di tempat keempat.

Manakala, persalinan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di kedudukan kelima.

Turut tersenarai dalam portal tersebut persalinan yang dipakai pemerintah dari Japan, Norway, Jordan, Monaco, Lesotho, Bhutan, Belanda, Swedan dan Greece.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Raja Charles III selamat dimahkotakan dalam majlis diraja yang disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi di gereja Westminster Abbey, London semalam.

Detik paling penting istiadat pertabalan menyaksikan Paderi Besar Canterbury, Justin Webly memakaikan Mahkota St. Edward berusia 360 tahun di kepala Raja Charles III.

Raja Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu.

Pertabalan itu sekali gus menandakan bahawa selain menjadi ketua negara United Kingdom dan 14 negara Komanwel, Raja Charles III juga ditabalkan sebagai pemimpin tertinggi Gereja England. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI