fbpx

Syarikat francais Malaysia intai pasaran Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin ketika mengetuai delegasi Malaysia di FBOE 2023 di Melbourne baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Syarikat francais Malaysia kini dalam usaha melebarkan sayap perniagaan di Australia menerusi penglibatan dalam Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Melbourne sempena Franchising & Business Opportunities Expo 2023 (FBOE 2023).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, misi perdagangan itu sebahagian usaha kerajaan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) bertujuan memupuk dan menggalakkan eksport francais ke negara luar.

“Objektif utama misi bertujuan memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur berpotensi melalui pameran itu.

“Ia adalah satu peluang baik bagi syarikat francais Malaysia dan Australia bekerjasama mengembangkan perniagaan mereka di pasaran Australia.

“Saya percaya bahawa terdapat banyak peluang perniagaan untuk diterokai di Australia. Baru-baru ini, Marrybrown telah melantik francaisi induk mereka di Australia, manakala Smart Reader Kids telah membuka cawangan keempat di Melbourne,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Salahuddin menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di FBOE 2023, Melbourne yang turut disertai jenama perniagaan seperti Oldtown White Coffee, Marrybrown, Smart Reader Kids dan US Pizza.

Katanya, secara keseluruhannya, misi berkenaan telah mencapai sasaran dan berjaya menarik nilai potensi pelaburan berjumlah RM30 juta dari Australia.

“Ia termasuk hasil gandaan ekonomi seperti peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia serta potensi eksport dari Malaysia ke Australia.

“Penyertaan rancak daripada pemain industri francais semasa misi itu berlangsung dijangka membawa lebih banyak jenama francais yang mapan dari Australia untuk diperkenalkan di Malaysia dan sebaliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI