fbpx

Raja Charles III, Permaisuri Camilla selamat dimahkotakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Charles III meninggalkan Westminster Abbey selepas Istiadat Pertabalan di tengah London sebentar tadi. - AFP

LONDON – Raja Charles III selamat dimahkotakan dalam majlis diraja yang disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi di gereja Westminster Abbey, manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata berkumpul di tengah London walaupun hari hujan untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah tersebut, lapor stesen penyiaran CNN hari ini. 

Detik paling penting istiadat pertabalan menyaksikan Paderi Besar Canterbury, Justin Webly memakaikan Mahkota St. Edward berusia 360 tahun di kepala Raja Charles III.

Pemimpin Gereja Anglikan itu kemudian mengisytiharkan: “Tuhan Selamatkan Raja”.

Apabila Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu, istiadat hari ini merupakan pertabalan rasmi dan penting dari sudut keagamaan.

Ia menandakan bahawa selain menjadi ketua negara United Kingdom dan 14 negara Komanwel Raja Charles III  juga ditabalkan sebagai pemimpin tertinggi Gereja England.

Majlis hari ini berlangsung lebih dua jam, kira-kira satu jam lebih pendek daripada pertabalan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953 dan mengekalkan tradisi pemahkotaan selama lebih 1,000 tahun.

Bagaimanapun, istiadat hari ini dimodenkan dalam beberapa aspek tertentu. 

Raja Charles III kemudian mengangkat Sumpah Pertabalan dan menjadi raja pertama yang berdoa lantang semasa pertabalan baginda.

Selepas istiadat pertabalan Raja Charles III selesai, isterinya Queen Consort Camilla dipakaikan Mahkota Ratu Mary dalam upacaranya sendiri yang lebih singkat. 

Baginda kini memakai gelaran rasmi Queen Camilla atau Permaisuri Camilla.

Majlis itu turut disertai dengan bacaan Injil oleh Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan muzik gospel. 

Selepas upacara pertabalan selesai, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla kembali ke Istana Buckingham dalam perarakan lebih besar yang menampilkan 4,000 anggota tentera dan 250 ekor kuda.

Kemegahan acara itu diakhiri dengan tabik hormat diraja dan penampilan Raja Charles III serta kerabat diraja Britain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI