fbpx

Mahfuz mahu tumpang populariti saya – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Mahfuz Omar memainkan isu bayaran ganti rugi kes saman fitnah sejak kebelakangan ini bagi menumpang popularitinya.

Menurut Muhammad Sanusi, Mahfuz tidak sepatutnya menuntut bayaran tersebut di laman sosial kerana proses pembayaran sedang diuruskan peguamnya.

“Saya dah serahkan duit kepada peguam saya seminggu dah, peguam sedang urus dengan peguam dia (Mahfuz). Saya dah kata hal ini peguam dengan peguamlah sebab kita dah lantik peguam masing-masing.

“Tak perlulah nak guna Facebook, TikTok dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Katanya, proses pembayaran tersebut tentu mengambil masa untuk diselesaikan kerana perlu melalui kaedah yang betul termasuk mengira peratusan tuntutan lewat bayar.

“Saya serah kepada peguam untuk uruskan semua. Saya tak mahu campur hal peguam,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan Mahfuz itu juga dilihat seperti mahu mencari publisiti murahan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Dia nak tumpang populariti saya. Dia telah tenggelam, kalau 31,000 (tewas dengan majoriti) apa jalan lagi nak naikkan nama dia balik.

“Saya dengar dia nak bertanding di Derga atau di Pengkalan Kundor, jadi siapa yang tengah ‘top’ sekarang ini, dia tumpang orang itulah,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mahfuz menuntut Muhammad Sanusi menyelesaikan bayaran ganti rugi kes saman fitnah sebanyak RM120,000 berserta kos tambahan dengan segera.

Menurut Mahfuz, beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam masa terdekat untuk tindakan bersesuaian termasuk memfailkan notis kebankrapan atau menyita aset Menteri Besar Kedah itu jika bayaran masih tidak dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI