fbpx

PM, isteri lawat pasangan pengantin hilang ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meluangkan masa hadir ke majlis perkahwinan pasangan Mohammad Farhan dma isteri, Nurul Fatienul di Bukit Mertajam petang tadi. Gambar oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak mengubati kesedihan pasangan pengantin yang baru kehilangan ibu di Kampung Pelet, Bukit Mertajam hari ini.

Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di majlis berkenaan pada pukul 4.20 petang dan menghabiskan masa kira-kira 20 minit beramah mesra bersama pasangan pengantin, Mohammad Farhan Mohd Nor,29, dan Nurul Fatienul Ain Mazlan,26.

Mohammad Farhan berkata, ibunya, Sabariah Daud, 54, yang menghantar kad undangan majlis perkahwinannya kepada Perdana Menteri meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi semalam akibat kegagalan buah pinggang.

“Memang tidak sangka PM akan datang dan terkejut beliau sudi menghadiri majlis kami yang tidak seberapa. Arwah ibu ada hantar undangan perkahwinan, cuma itulah, perasaan memang bercampur baur gembira, sedih apatah lagi tidak sempat arwah bertemu dengan PM hari ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PM dan isteri kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan ini dan kami berdua amat menghargainya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI