fbpx

Shu lali dikecam mekap tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shu melaram enam pasang baju raya tahun ini.

Dulu dia mudah melenting apabila dikecam bersolek tebal, namun kini Nurul Shuhada Bashir, 20, sudah lali dan menganggap sebagai asam garam kehidupan seorang TikToker.

Menurut gadis manis berasal Jitra, Kedah ini, dia menghadapi kata-kata negatif itu secara positif dan cuba membalasnya dengan sebaik mungkin.

Kepada Kosmo! Ahad, Nurul Shuhada atau lebih dikenali sebagai Shu bercerita mengenai kehidupannya serta kerjaya sebagai TikToker sejak dua tahun lalu.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri Shu?
Shu: Seorang yang petah bercakap serta berbakat dalam persembahan bercerita dan pidato sejak kecil. Shu pernah me­nyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam Diploma Pengurusan Perniagaan, namun menangguhkan pengajian buat sementara waktu kerana minat dalam bidang perniagaan.
Sekarang Shu menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan.

Ceritakan bagaimana boleh menjadi seorang TikToker?
Shu suka berbual dengan orang ramai, fesyen dan bersolek, jadi Shu gunakan bakat petah berkata-kata dan hobi itu untuk menghasilkan konten menarik. Tak sangka TikTok live cara-cara solekan ringkas Shu dapat sambutan. Kini sudah masuk dua tahun Shu sebagai TikToker.

Apa yang Shu buat untuk tarik pengikut?
Shu kenal pasti apa yang membuatkan orang suka kita. Keba­nyakannya suka tengok cara Shu bersolek sambil ‘berleter’ dalam loghat Kedah. Mereka suka te­ngok cara Shu berpakaian. Shu juga kongsi cara jaga kulit, pemakanan. Paling banyak view live Shu adalah 5,000 orang dan Shu pernah live selama lima jam.

Bagaimana Shu jana pendapatan di laman sosial?
Shu mula reviu produk pada pertengahan tahun 2021, bermula dengan syarikat kecil. Pada masa itu, ada yang langsung tidak beri bayaran dan Shu tidak kisah kerana mahu belajar. Lama kelamaan dapat banyak job de­ngan setiap video iklan Shu dibayar antara RM180 hingga
RM800.
Shu reviu pelbagai jenis produk antaranya makanan, kosmetik dan pakaian.
Alhamdulillah, Shu kini mempunyai pendapatan sendiri setiap bulan, walaupun tidak menentu ia cukup. Malah, Shu sudah mampu membeli sebuah kereta, baru-baru ini.

Apa kecaman dan kerenah netizen yang pernah Shu hadapi?
Ada yang masuk live sahaja akan ‘kacau’ Shu. Segelintir daripada mereka ini akan beri komen negatif seperti solekan terlalu tebal dan macam-macam lagi. Masa awal dulu, memang ada yang terlepas marah tetapi masa mematangkan Shu.
Shu akan teruskan dengan sikap bertenang dan balas sahaja dengan kata-kata baik.

Kongsikan pengalaman beraya tahun ini?
Tahun ini enam pasang baju raya berbanding sebelum ini setakat dua atau tiga hari sahaja. Sebagai TikToker, Shu terima banyak jemputan rumah terbuka dan kenduri, jadi perlukan ba­nyak baju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI