fbpx

Saya pilih untuk bertempur di Parlimen – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Program Rumah Terbuka Malaysia Madani di UiTM Pulau Pinang di Seberang Perai hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – ‘Jangan sesekali cuba mensabotaj kerajaan.’

Itu amaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak tertentu yang dikatakan cuba untuk ‘menggulingkan’ Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurutnya, kerajaan pimpinannya telah memberi ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk ‘bersuara’ di Parlimen sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika ‘ruang dan peluang’ itu tidak digunakan dengan sebaiknya oleh mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mencabar pembangkang membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pada sidang Parlimen yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

“Saya cakap dengan tegas. Saya bukan macam mantan Perdana Menteri sebelum ini yang mengisytiharkan darurat (ketika berdepan krisis besar).

“Tapi, saya pilih (untuk) ‘bertempur’ di Parlimen. Kita (Kerajaan Perpaduan) masih bertahan dengan 148 kerusi (Ahli Parlimen),” tegas beliau.

Tambah Anwar, kenyataannya itu diharap dapat ‘mematikan’ segala spekulasi serta desas-desus yang menjejaskan kestabilan negara dan sebagainya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI