fbpx

45 peratus belia di Jepun berfikir untuk bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belia yang berfikiran untuk membunuh diri enggan bercakap mengenainya serta tidak tahu tentang organisasi awam yang boleh membantu. - Anadolu Agency

TOKYO – Satu kaji selidik mendapati kira-kira satu dalam setiap dua belia di Jepun pernah berfikiran untuk membunuh diri, lapor akhbar Japan Today semalam.

Kaji selidik oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Tokyo itu menyeru kesedaran awam yang lebih besar untuk mencegah kejadian bunuh diri.

Daripada 14,555 responden berumur 18 tahun hingga 29 tahun yang ditinjau oleh Yayasan Nippon itu, 44.8 peratus daripada mereka pernah berfikir untuk membunuh diri.

Golongan belia di Jepun menghadapi masalah seperti hubungan peribadi yang sukar, gejala buli dan bimbang tentang haluan pendidikan atau kerjaya masa depan.

Dalam kalangan 44.8 peratus responden tersebut, 40 peratus daripada mereka pernah cuba untuk membunuh diri atau melakukan persiapan untuk berbuat demikian.

Yayasan itu menerbitkan keputusan kaji selidiknya pada April lalu. Kaji selidik itu dilakukan secara online dari 10 hingga 18 November 2022.

Di Jepun, bunuh diri menjadi punca utama kematian belia lelaki dan wanita pada 2019, 2020, dan 2021, demikian menurut data kementerian kesihatan.

Sepanjang tempoh tersebut, seramai 2,117, 2,521 dan 2,611 orang dalam kumpulan umur 20 hingga 29 tahun telah membunuh diri, kata polis.

Pada tahun 2022 pula, seramai 2,483 orang dalam kumpulan umur itu membunuh diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI