PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 3 petang ini.
Antara negeri-negeri yang diramal mengalami cuaca tersebut adalah Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
“Di Pulau Pinang melibatkan keseluruhan kawasan, Kedah di Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Sarawak turut menerima cuaca buruk sama di Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit) sementara di Sabah hanya di Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE