fbpx

46 PATI ditahan dalam Ops Sapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa dan ditahan oleh JIM Kuala Lumpur menerusi Ops Sapu di Segambut Dalam, Kuala Lumpur awal pagi tadi. - Foto Facebook JIM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menahan seramai 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi serbuan dalam Ops Sapu di sebuah bukit dekat Segambut Dalam, di sini, awal pagi tadi.

JIM Kuala Lumpur menerusi hantaran pada Facebook memaklumkan, penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan dilakukan ke atas seramai 122 orang pada serbuan tersebut.

“Operasi ini diketuai oleh Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin bersama 689 pegawai JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut melibatkan, bantuan pegawai daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Lokasi yang diserbu malam tadi agak mencabar kerana struktur kawasan yang dikelilingi oleh hutan dan bercuram. Malah, terdapat banyak lorong-lorong yang tersembunyi bagi memudahkan PATI meloloskan diri daripada tangkapan pegawai imigresen,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, 46 PATI tersebut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua PATI kemudian dibawa ke Depot Tahanan Bukit Jalil untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI