fbpx

Dikecam kulit makin hitam, kampung, ini respons Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIYANA Jasmay menjelaskan tidak semua artis perlu berkulit putih.

PETALING JAYA – “Tidak semestinya menjadi artis, warna kulit perlu putih.”

Demikian respons bersahaja pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay apabila dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Liyana, 35, bagaimanapun tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekirangan mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.

“Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sahajalah.

“Sebab tak mahu kulit warna putih pun, saya takut kalau suntikan pemutihan itu ada kesan sampingan,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Pelakon yang popular menerusi filem Papadom juga berpendapat warna kulit tidak seharusnya dijadikan syarat untuk bergelar seorang selebriti.

Bahkan, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22  juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.

“Tidak semestinya jadi artis perlu berkulit putih, lainlah jika memang dilahirkan sudah sedia ada berkulit cerah.

“Kalau dilahirkan warna kulit orang Melayu, hendak buat macam mana. Mungkin hitam untuk awak tetapi putih di hati suami saya,” jelasnya.

Liyana sebenarnya mengulas komen seorang netizen dalam TikTok yang berkata, kulitnya semakin hitam seperti orang kampung berbanding artis lain yang semakin putih dan cantik.

“Artis lain semakin lama semakin putih, Liyana ini aku lihat makin lama makin hitam. Sudah seperti orang kampung,” kata individu itu.

Mengimbau semula, Liyana yang kini bergelar penerbit pernah bertudung sekitar tahun 2017 namun mengambil keputusan untuk membuka hijap pada 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI