fbpx

Kemas, JKN Pulau Pinang jalin program perubatan postnatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Kamal (dua dari kanan) ketika Program Wacana Ilmu-Wanita Inspirasiku (WINS) Kemas peringkat Negeri Pulau Pinang di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menjalin kolaborasi strategik menerusi Program Penjagaan dan Perubatan Tradisional Postnatal mulai tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, kerjasama tersebut menjadikan Kemas Pulau Pinang sebagai agensi kerajaan pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan tauliah bagi menjalankan perubatan tradisional dan komplementari.

“JKN Pulau Pinang akan memberi khidmat nasihat kepada peserta dalam proses mendapatkan Perakuan Pengamal Berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) seterusnya memasukkan mereka ke dalam Program Perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal di Klinik Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

“Dengan adanya pentauliahan ini usahawan bimbingan Kemas terlindung di bawah
Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari tahun 2016,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Wacana Ilmu-Wanita Inspirasiku (WINS) Kemas peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Pasar Raya Besar Mydin, Bukit Mertajam.

Ahmad Kamal memberitahu, program tersebut akan dimanfaatkan seramai 62 peserta di seluruh Pulau Pinang yang akan mendapat sijil tauliah bagi mengendalikan aktiviti perubatan tradisional seperti urutan selepas bersalin atau postnatal dari KKM.

“Peserta bagi program ini iaitu di bawah Pusat Keterampilan Diri Kemas bukan sahaja mendapat kemahiran perbidanan melayu terapi moden (postnatal) malah berpeluang untuk menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan dan menaikkan taraf hidup yang lebih baik bagi masyarakat luar bandar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI