fbpx

PRN Sarawak boleh ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak boleh ditangguh bagi mengelak tersebarnya wabak Covid-19 seperti yang terjadi semasa PRN Sabah baru-baru ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tempoh matang Dewan Undangan (DUN) Negeri Sarawak ialah 7 Jun 2021.

“Jika kerajaan negeri berkhidmat sehingga tamat tempoh tersebut, PRN akan diadakan 60 hari daripada tarikh matang itu.

“Justeru itu, ia membolehkan PRN untuk diadakan dalam bulan Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Tambahnya, beliau yakin Ketua Menteri Sarawak akan membuat keputusan yang tepat.

“Saya sangat meyakini kebijaksanaan beliau dalam menangani isu tersebut dengan mengambil kira pelbagai dimensi kepentingan umum sebelum membubarkan DUN Sarawak,” ujarnya.

Jelasnya, Malaysia mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan mampu mengendalikan pilihan raya dalam apa jua keadaan mengikut kesesuaian perlembagaan.

“Terpulang kepada pihak SPR untuk membuat keputusan, bagaimana untuk mengendalikan pilihan raya mengikut protokol kesihatan sewaktu pandemik ini.

“Saya percaya SPR berwibawa dalam memastikan proses demokrasi berjalan dengan sebaiknya,” jelasnya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI