fbpx

Lelaki maut terperosok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sejingkat, Kuching, Sarawak, tengah malam tadi.

KUCHING – Seorang penunggang motosikal maut akibat terperosok di bawah sebuah kereta, dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta berhadapan Petronas Demak, Jalan Sejingkat, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 12.29 malam tadi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tabuan Jaya dan Padungan ke lokasi.

“Terdapat empat mangsa terlibat dalam kemalangan iaitu seorang penunggang motosikal Yamaha 135LC telah terperosok di bawah kereta Toyota Corolla.

“Manakala dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha Lagenda cedera dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 20 tahun manakala dua lagi mangsa yang cedera adalah remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 14 tahun. Sementara pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kereta dengan menggunakan peralatan khas ‘Air Lifting Bag’ dan setelah berjaya dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik HUS sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI