fbpx

Warga emas maut ketika pulang solat asar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan lelaki warga emas yang ingin pulang ke rumahnya di Jalan Persiaran Seroja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas yang ingin pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Asar di masjid maut dilanggar sebuah lori di Jalan Persiaran Seroja, Bukit Sentosa, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu berlaku ketika mangsa dari Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa, di sini dalam perjalanan menghala ke rumahnya di Taman Kesumba, Bukit Beruntung.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa berusia 71 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda Dash untuk pulang ke rumahnya.

Katanya, apabila berada di lokasi kejadian, mangsa dipercayai mengubah haluan dari lorong kiri kemudiannya ke lorong kanan jalan.

“Ketika itu juga, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Faizal, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI