fbpx

De Zerbi puji barisan pemain Brighton benam United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Brighton meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan United 1-0 pada aksi EPL di Stadium Amex awal pagi semalam. – AFP

BRIGHTON – Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi memuji barisan pemainnya selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, pemain tengah, Alexis MacAllister menjadi wira Brighton apabila menjaringkan gol kemenangan selepas menyempurnakan sepakan penalti hasil bola ter­kena tangan bek kiri United, Luke Shaw.

Meskipun menang disebabkan faktor tuah, namun De Zerbi menganggap pasukannya layak untuk menang selepas menguasai sebahagian besar permainan dengan melakukan 22 percubaan dan enam percubaan tepat.

“Kami layak untuk menang pada perlawanan hari ini (semalam) dan separuh akhir (Piala FA) tempoh hari. Berdasarkan pengalaman saya, kebiasaannya pasukan yang bermain baik akan menang, kadang-kadang sahaja tewas.

“Semua pemain bermain sangat baik hari ini (semalam) kerana kami mencipta banyak peluang. Bagaimanapun, pertahanan juga penting kerana kami tidak melepaskan sebarang gol,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memuji peranan dimainkan pemain tengah, Moises Caicedo yang diletakkan di posisi pertahanan kanan apabila langsung tidak melakukan kesilapan ketika bertahan.

“Caicedo adalah pemain yang sangat bagus dan boleh bermain di mana-mana posisi. Saya juga gembira dengan aksi ditampilkan (Billy) Gilmour apabila menunjukkan kualiti sebenar di bahagian tengah,” ujar De Zerbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI