fbpx

Perak cadang naikkan elaun guru agama dakwah kepada RM900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Pusat Komvensyen Casuarina Meru, Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri Perak bercadang untuk menaikkan kadar elaun guru agama dakwah di Perak daripada RM400 kepada RM900 selepas lebih sepuluh tahun tiada kenaikan elaun berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, kenaikan tersebut adalah selari dengan bebanan tugas mereka yang semakin mencabar pada waktu ini.

“Saya kira sudah berbelas tahun elaun guru agama dakwah ini masih pada kadar lama iaitu RM400. Dengan bebanan kerja yang cukup banyak, jadi sesuailah dinaikkan kepada RM900.

“Bagaimanapun cadangan ini akan dipersembahmaklumkan terlebih dahulu kepada Ke Bawah Duli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mendapat perkenan baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini hari ini.

Tambah Mohd. Akmal, sekiranya diperkenankan, kadar elaun baharu tersebut akan dilaksanakan pada 1 Januari depan yang akan memberi manfaat kepada hampir 100 guru agama dakwah di seluruh negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Akmal menggesa agar rakyat di negeri ini memboikot segala produk buatan Perancis dan mengutamakan produk tempatan.

Katanya, tindakan itu sebagai memberi pengajaran kepada kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macrin yang menyokong tindakan seorang guru menghina Nabi Muhammad SAW.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI