PETALING JAYA- Petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor melakar sejarah tersendiri apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 baru-baru ini susulan usaha mereka memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.
Berita gembira itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman sosial Twitternya di sini semalam.
Menerusi perkongsian itu, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr C. Suresh Kumar serta Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi, Dr. Shaiful Azman Zakaria masing-masing bertugas di Hospital Sungai Buloh menerima pengiktarafan itu.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Suresh Kumar dan Dr. Shaiful Azman serta seluruh pasukan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktirafan di Global Health Awards 2020.
“Negara menghargai dedikasi dan pengorbanan semua. Alhamdulillah,” katanya. – K! ONLINE