fbpx

Golongan wanita jadi sasaran seksual pengguna teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Sudah ada pihak yang menggunakan gambar anda yang berbaju, diganti kepada gambar bogel menggunakan teknologi AI dan hasilnya amat mengejutkan.”

Demikian pendedahan seorang pempengaruh Twitter, Mag yang mendakwa teknologi kecerdasan buatan (AI) sering disalah guna oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, kumpulan tersebut sering mensasarkan golongan wanita untuk dijadikan bahan lucah untuk dijual di platform dalam talian.

Mag juga sempat menasihati para wanita di luar sana untuk tidak terlalu berkongsi gambar di media sosial kerana membuka ruang untuk menjadi mangsa kepada kumpulan tidak bertanggungjawab itu.

“Hati-hati para wanita dan perempuan, kurang-kurangkan upload (muat naik) gambar anda di medsos (media sosial),” pesannya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pengguna akaun Twitter yang lain berkongsi tangkap layar memaparkan harga jualan gambar tersebut mencecah RM50 sekeping.

“Ada yang jual sekeping gambar cecah RM50, buat duit dengan dosa kering sahaja orang macam ini,” ciapnya.

“Dia bukan buat suka-suka, dia buat berniaga. Orang boleh beli. Memang bahaya. Kalau dia suka-suka buat tak ramai ‘kemaruk’, dah boleh beli memang ramai cari. Teruk lah teknologi AI disalah guna,” komen @YasirCA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI