fbpx

Seorang kakitangan UOB positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang kakitangan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. (UOB Malaysia) di Menara UOB, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, disahkan positif Covid-19 oleh pihak berkuasa kesihatan semalam.

Menurut satu kenyataan UOB, kakitangan tersebut kini berada di bawah rawatan perubatan dan pihak bank akan membantu beliau serta keluarga dengan semua sokongan yang diperlukan dalam pemulihannya.

“Kali terakhir dia berada di pejabat adalah pada 21 Oktober lalu.

“Pesakit itu juga telah mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik tempatan setelah menunjukkan gejala seperti selesema sebelum diuji positif untuk virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak bank telah menghubungi semua pihak yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut untuk urusan pengesanan kontak.

“Mereka akan menjalankan ujian calitan dan telah diarah untuk menjalani kuarantin diri sambil memantau kesihatan mereka dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan untuk langkah-langkah susulan tambahan yang mungkin diperlukan,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan yang menyeluruh sedang dijalankan di semua tingkat dan kawasan umum yang terlibat di Menara UOB selaras dengan garis panduan pihak berkuasa kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI