fbpx

Bot pukat tunda bersama tiga nelayan Myanmar ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan warga Myanmar ditahan bersama bot pukat tunda tempatan di Kuala Gula dekat Parit Buntar semalam.

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat tunda bersama tiga nelayan warga Myanmar pada kedudukan 11.3 batu nautika barat daya Kuala Gula, Kuala Kurau semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bot berkenaan ditahan  kira-kira pukul 4.15 petang semasa anggotanya melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong berumur 23 hingga 39 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot terbabit memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI