fbpx

Jangan beri peluang musuh politik jejas sokongan rakyat – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) ketika Majlis Pelancaran Sky Residence Prai by The Ascott di Citadines Prai, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jentera Pakatan Harapan (PH) dan rakan gabungan Kerajaan Perpaduan dinasihatkan tidak memberi peluang kepada musuh politik yang mahu mengambil kesempatan menjejaskan sokongan rakyat terhadap calon Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, segala isu berbangkit diharapkan dapat dihentikan dengan segera.

Menurutnya, fokus utama kini tertumpu kepada kemenangan kerusi yang dipertandingkan bagi memastikan khidmat dapat diteruskan khusus kepada rakyat negeri ini.

“Demi mencapai kemenangan besar di Pulau Pinang, saya minta semua keahlian sama ada DAP mahupun rakan kami dari PH dan rakan daripada Kerajaan Perpaduan, jangan timbulkan peluang kepada musuh politik kita untuk mempermainkan isu yang boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada barisan calon kelak.

“Itu yang menjadi harapan saya pada ketika ini dan fokus kini diberikan sepenuhnya untuk persiapan PRN dengan gandingan kuat antara PH serta Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung terdapat ‘usaha’ mahu menggantikan dirinya daripada terus memegang jawatan Ketua Menteri apabila menang PRN nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI