fbpx

Bukan kereta tetapi traktor Peugeot 206

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Peugeot 206 diubah suai apabila pemiliknya menggunakan empat tayar traktor gergasi di England baru-baru ini. - Foto Caters News Agency

 

LONDON –  Seorang pemilik kereta hatchback  Peugeot 206 menggunakan empat roda traktor gergasi untuk menggerakkan kenderaannya di laluan berlumpur di  Warwickshire, England, lapor portal berita The Sun semalam.

Pengubahsuaian itu dilakukan oleh tiga orang  jurutera selepas mereka menemui kereta tersebut di lokasi simpanan barang buangan di Backpool pada 2014.

“Kami mengimbau  zaman kanak-kanak daripada  (program) televisyen iaitu Top Gear, Scrapheap Challenge dan Chop Shop dengan membina semua perkara ‘gila’ yang kami lihat dan fikir. 

“Sekarang kami lebih tua berbanding hari-hari itu. Kereta traktor ini  sebenarnya yang kedua kami telah ubah suai” kata Gareth Jenkins dari Nuneaton Warwickshire kepada portal berita The Sun.

Tiga rakan jurutera itu pada mulanya mengubah suai kereta Ford Fiesta manual dengan menggunakan empat roda gergasi,  namun kata mereka, pengubahsuaian menggunakan Peugeot 206 automatik adalah lebih berjaya.

“Kami hanya mahu melihat sama ada boleh memasang roda traktor pada kereta.

“Bagi memastikan roda traktor muat, kami mengimpal rim keluli kemudian mengimpal satu lagi di bahagian belakang yang dipasang pada kereta ini,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI