fbpx

17 PATI gagal susup masuk Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditangkap polis sewaktu menyusup masuk ke negara ini di pesisiran pantai Sekinchan.

SABAK BERNAM – Cubaan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk ke negara ini gagal apabila dicekup polis dalam serbuan di pesisiran pantai Sekinchan di sini, kelmarin.

Kesemua warga Indonesia termasuk dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan dalam Ops Pintas, kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan mendapati dua daripada mereka merupakan tekong manakala 15 lagi migran yang cuba memasuki negara inim

“Kesemua warga Indonesia itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI