fbpx

[VIDEO] Sesak 4km, lori bawa kereta baharu terbalik di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori membawa kereta yang terlibat kemalangan di laluan Seremban ke Port Dickson.

PETALING JAYA – Satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa kereta dilaporkan berlaku di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) laluan Seremban ke Port Dickson.

Menurut makluman di Twitter rasmi Plusline, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang lapan kilometer arah selatan sementara trafik dilaporkan perlahan sepanjang empat kilometer arah utara.

Difahamkan sehingga kini, lorong kanan dan lorong tengah masih lagi ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

Susulan itu, PLUS menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan serta mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak memperlahankan kenderaan anda semata-mata untuk melihat kemalangan di arah bertentangan dan memberi fokus pada pemanduan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI