fbpx

Exco Terengganu cedera kemalangan di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Land Range Rover dinaiki Hanafiah yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 127.7, LPT 1 berhampiran Temerloh semalam.

KEMAMAN – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 127.7, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), berhampiran Temerloh, Pahang semalam.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai mengalami sakit belakang dan lebam pada paha kiri dalam kemalangan pada pukul 4.20 petang itu.

Tiga lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Range Rover termasuk pemandu Mohd. Zubaidi Zahari, 33, turut mengalami kecederaan ringan.

Mohd. Zubaidi berkata, sewaktu kejadian, mereka berempat dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas urusan kerja di Kuala Lumpur.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah lori muatan buah-buahan yang berada di lorong kiri tiba-tiba menukar haluan dan menghimpit kenderaan yang sedang saya pandu.

“Saya yang terkejut cuma mengelak menyebabkan kenderaan kami hilang kawalan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zubaidi berkata, Hanafiah yang berada di tempat duduk penumpang belakang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI