fbpx

Mental Mira penat, akan usaha berubah jadi lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira menarik perhatian ramai terutama di media sosial apabila dilanda kontroversi dengan View Chin.

PETALING JAYA – Gara-gara dikecam teruk, Amirah Aqilah yang sebelum ini sohor apabila terlibat dalam kontroversi membabitkan pempengaruh media sosial, View Chin mengakui penat secara mental dan kini cuba untuk kembali bangkit.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mira, membuat perkongsian itu melalui hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Mira berkata, dia menerima pelbagai kecaman dan pertanyaan sama ada dia tidak mempunyai perasaan, tidak tahu malu atau sengaja ingin ‘play victim’.

“Mira ada silap Mira dan sedang perbetulkan silap Mira. Segala kecaman, hinaan dan cacian, semua ini sebab atas diri yang pernah buat silap.

“Mira akan berubah untuk yang lebih baik. Mental Mira sangat penat, doakan Mira dan Mira cuba untuk bangkit balik,” katanya.

Sebelum ini, Mira memilih untuk berdiam meskipun sudah kembali aktif di media sosial selepas menyembunyikan diri sejak kontroversinya dengan View Chin melanda.

Dalam hantaran berbeza hari ini, Mira memuat naik sebuah gambar dengan kapsyen akan terus berjalan ke hadapan.

“Doakan perjalanan baru saya, Mira cuba hadapi kenyataan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI