fbpx

Ronaldo ahli sukan terkaya di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO muncul sebagai atlet terkaya selepas membuat keputusan berhijrah ke Arab Saudi, sekali gus mengatasi duo PSG iaitu Mbappe dan Lionel Messi. – AFP

LONDON – Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan apabila bintang Portugal itu muncul atlet yang meraih pendapatan tertinggi di dunia sejurus berpindah menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Menurut majalah Forbes, gaji tahunan Ronaldo yang diperoleh di Al-Nassr dua kali ganda tinggi berbanding kelab yang disertai­nya sebelum ini.

Ronaldo sah meninggalkan Manchester United dan membuat keputusan menyertai kelab bola sepak Arab Saudi selepas menerima tawaran lumayan kira-kira AS$136 juta (RM606.29 juta) dengan Forbes berkata, gaji tahunannya dianggarkan meningkat $75 juta (RM334.35 juta).

Sebelum ini, laporan media antarabangsa menyebut kontrak Ronaldo bersama kelab Arab Saudi itu bernilai lebih daripada 200 juta euro (RM983.11 juta).

Sementara itu, penyerang PSG, Messi, 35, di tangga kedua dengan $130 juta (RM579.54 juta), manakala rakan sepasukan yang juga kapten Perancis, Kylian Mbappe tangga ketiga meraih $120 juta (RM534.96 juta).

Pemain Los Angeles Lakers dan legenda NBA, LeBron James turut tersenarai dalam Forbes dengan meraih AS$119.5 juta (RM532.73 juta) dan jaguh tinju Mexico Canelo Alvarez mempe­roleh AS$110 juta (RM490.38 juta) menduduki lima teratas.

Penganjuran LIV Golf yang menarik perhatian beberapa pemain utama dunia dengan ha­diah mega menyaksikan dua ­da­ri­pada pemain terbabit tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Bekas pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson berada di tangga keenam dengan AS$107 juta (RM477.01 juta) diikuti Phil Mickelson ketujuh dengan me­ngaut AS$106 juta (RM472.55 juta).

Juara empat kali NBA, Stephen Curry memiliki AS$100.4 juta (RM447.58 juta) dan pemain Phoenix Suns, Kevin Durant AS$89.1 juta (RM397.21 juta) an­tara dua pemain bola keranjang yang turut tersenarai.

Bekas bintang tenis, Roger Federer turut dalam senarai Forbes dengan meraih AS$95.1 juta (RM423.96 juta) untuk menduduki kelompok 10 teratas.

Menurut Forbes pendapatan kesemua atlet tersebut dikira daripada hadiah kemenangan, gaji dan bonus yang diterima atlet dalam tempoh 12 bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI