fbpx

Edar dadah, lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas tuduhan mengedar dadah berbahaya, bulan lalu. - FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas tuduhan mengedar dadah berbahaya bulan lalu.

Tertuduh, M Arun, 28, faham akan pertuduhan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Vanita Vasudevan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 27 April lalu kira-kira 10.30 pagi bertempat di tepi jalan kawasan lampu isyarat Eagle Ranch, di sini, telah mengedar bahan yang disyaki dadah berbahaya iaitu heroin dengan anggaran berat 65.03 gram.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan didakwa mengikut 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta minimum 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tiada sebarang jaminan dibenarkan mahkamah terhadap tertuduh dan kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan kimia 4 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI