fbpx

Bekas pemimpin UMNO beri kelebihan kepada PN pada PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Alor Setar, Kedah hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) beranggapan kesediaan tokoh-tokoh ternama yang juga bekas pemimpin UMNO untuk menyertai gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan memberi kelebihan kepada PN.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemimpin terlibat mempunyai pengaruh di kawasan masing-masing sekali gus mampu memberi kemenangan kepada PN dalam pilihan raya itu.

Kata Menteri Besar Kedah itu, PN juga bersedia menerima kemasukan individu itu tanpa sebarang rundingan selagi perjuangan mereka relevan dengan gabungan tersebut.

“Tak payah berunding apa dah, datang saja dan kami akan terima dengan hati terbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas pemimpin UMNO seperti bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar serta bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai PN.

Kemasukan bekas pemimpin itu disifatkan sangat istimewa kata beliau, terutama ketika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat berantakan kerana perbezaan pendirian.

Beliau juga yakin, penyertaan ketiga-tiga pemimpin berkenaan dapat mengalihkan sokongan sebahagian ahli UMNO untuk mengundi PN dalam PRN itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI