fbpx

Syabu, ganja bernilai RM195,898 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN menunjukan hasil rampasan dadah daripada empat orang suspek dalam sidang media di IPD Kluang, Johor hari ini

KLUANG – Polis berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga asing selepas disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah mengedar dadah dalam satu serbuan di Taman Delima 3 di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari itu, suspek yang diberkas terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 26 hingga 34 tahun.

“Hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas sebanyak 3534.40 gram (g)dadah jenis syabu dan 534 g ganja bernilai RM195,898.

“Polis juga berjaya merampas sebuah kereta Proton Pesona, sebuah Kereta Ford Fiesta dan wang tunai bercampur-campur RM158,150 menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM417,048 termasuk harga kereta dianggarkan berharga RM63,000,”katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang hari ini. 

Menurut Bahrin lagi, hasil semakan juga mendapati tiga suspek warga tempatan masing-masing mempunyai tiga hingga lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. 

“Hasil ujian saringan air kencing, semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dikenakan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini. 

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya. 

Ujar Bahrin lagi, siasatan masih dijalankan berkaitan modus operandi dan bekalan dadah diperolehi serta kawasan edaran yang mampu menampung keperluan kira-kira 7,070 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI