fbpx

Lelaki lempar kelongsong senapang patah di Istana Buckingham diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawal lokasi sebuah beg yang ditemui di kawasan Istana Buckingham, London semalam. - Getty Images

LONDON – Polis Britain menahan seorang lelaki semalam kerana disyaki melempar kelongsong senapang patah ke dalam kawasan Istana Buckingham, lapor laman berita MailOnline.

Suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) selepas dia menghampiri pintu pagar istana di tengah London ketika latihan istiadat pertabalan Raja Charles III sedang diadakan.

Saksi-saksi berkata, lelaki itu dilihat melemparkan beberapa ‘barang’ di kawasan istana itu sebelum dia ditahan polis.

Rakaman siaran berita menunjukkan bagaimana suspek yang digari itu menundukkan kepalanya ketika pegawai-pegawai polis menahannya. Pihak berkuasa kemudian melakukan letupan terkawal pada beg dilontar lelaki berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Seorang saksi memberitahu laman berita The Sun bahawa suspek telah berada di luar istana sejak beberapa malam terakhir dan kedengaran menjerit: “Saya akan membunuh Raja.”

Bagaimanapun, polis berkata, ia tidak menganggap kejadian itu mempunyai kaitan dengan keganasan, sebaliknya dianggap sebagai insiden kesihatan mental terpencil.

Istana Buckingham mengesahkan Raja Charles dan isterinya, Queen Consort Camilla tidak berada di istana tersebut ketika kejadian itu berlaku. Namun, jurucakap diraja tidak menjawab sama ada saudara-mara atau ahli keluarga lain berada di sana apabila kejadian tersebut berlaku. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI