fbpx

Gerhana Bulan Penumbra dapat dilihat di Malaysia Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jika anda ‘terlepas’ menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 20 April lalu, jangan bimbang kerana Gerhana Bulan Penumbra pula bakal muncul Jumaat ini.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), fenomena itu terjadi kurang enam hari sebelum ia berada di kedudukan perigee atau dekat dengan bumi iaitu 404,923 kilometer.

Lakaran grafik mengenai fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada malam Jumaat ini.

“Kejadian gerhana kali ini juga dapat juga dilihat secara keseluruhan di sebahagian benua Afrika, Australia dan Asia Pasifik termasuk di seluruh Malaysia dengan tempoh 258 minit.

“Di negara ini, fenomena itu akan berlaku mulai pukul 11.14 malam 5 Mei 2023 dengan fasa penumbra sebelum dijangka berakhir sepenuhnya pada 3.33 pagi esok hari.

“Fasa gerhana maksimum iaitu 96.55 peratus daripada bulan tersebut akan dilihat melintasi bayang penumbra bumi pula terjadi pada pukul 1.24 pagi 6 Mei,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI