fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang akan berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Kedah, antara kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Situasi sama turut dijangka di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di bahagian pantai timur, ribut petir diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan seluruh Terengganu,” katanya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Dalam pada itu, kawasan yang akan berdepan dengan cuaca buruk di Selangor adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Cuaca sama turut diramal di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Kawasan yang diramal ribut petir di Sarawak pula adalah Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) manakala Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI