fbpx

Tak perlu politikkan isu air – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris

PETALING JAYA – Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menegaskan isu air yang berlaku di negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dipolitikkan. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, isu itu tidak wajar untuk dipolitikkan kerana ia merupakan masalah sejagat. 

“Kenapa masalah air hanya diuar-uarkan di negeri bukan Pakatan Harapan (PH), DAP dan Barisan Nasional (BN) perintah?

“Seolah-olah negeri PN sahaja ada masalah air. Negeri BN, PH dan DAP suci dalam debu. Ia tidak perlu dipolitikkan kerana ini masalah sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Idris berkata, isu air yang berlaku di negeri PH adalah lebih besar kerana melibatkan pencemaran. 

“Negeri PH pun ada masalah air. Bukan setakat masalah biasa, malahan air sungai tercemar dengan najib babi. Kenapa tidak bising,” soalnya. 

Terdahulu, media melaporkan ribuan penduduk di Kedah dan Kelantan terjejas akibat gangguan bekalan air terutama menjelang musim perayaan. 

Isu itu kembali hangat selepas dibangkitkan beberapa pemimpin politik berhubung masalah terbabit yang dilihat semakin meruncing sejak saban tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI