fbpx

Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Rohaimi (kiri) sambil diperhatikan Sahabudin pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan itu bagi menggantikan Datuk Rohaimi Md. Isa yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Sebelum ini, Rohaimi telah menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Terengganu sejak 3 Jun 2021.

Mazli berkata, beliau komited untuk meneruskan tugas dan perancangan Kontinjen Terengganu bagi menjamin keamanan masyarakat setempat.

“Saya juga akan meneruskan agenda penguatkuasaan dan pencegahan bagi mengurangkan indeks jenayah dan pematuhan undang-undang di negeri ini dan kita juga akan menggunakan pendekatan yang lebih holistik dan tersusun bagi mengatasi masalah peningkatan kes kemalangan jalan raya dan mat rempit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima tongkat kuasa daripada Rohaimi dalam majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu yang disaksikan Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI