fbpx

MPJL ambil tindakan susulan cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JEMPOL – Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) bersedia mengambil beberapa tindakan susulan cuaca panas yang mencapai tahap satu iaitu berjaga-jaga di daerah ini semalam.

Yang Dipertua MPJL, Raja Norazli Raja Nordin berkata, antara langkah tersebut termasuklah dengan menyediakan kemudahan lori tangki air bagi membantu pihak bomba sekiranya berlaku kebakaran semak.

“Setakat ini kami tidak menerima apa-apa lagi laporan dan aduan kesan cuaca panas di daerah ini termasuk pekebun dan kawasan-kawasan pertanian yang terjejas.

“Jika ada keperluan untuk bantuan diberikan kepada pekebun-pekebun bagi menghadapi cuaca panas ini kami akan mempertimbangkan langkah yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang semalam. Tahap kuning itu merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, Raja Norazli berkata, susulan keadaan cuaca tersebut, pihaknya juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dengan sewajarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI