fbpx

Tiga lelaki cedera kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta di KM 8 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang dalam keadaan hujan lebat dan jalan licin.

Kata beliau, kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Hino dengan muatan batu dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah Kuala Ketil ke Jalan Bandar Puteri Jaya hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Lori tersebut kemudian bertembung dengan sebuah lori jenis Scannia dipandu lelaki berusia  23 tahun dan sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan ketiga-tiga pemandu kenderaan terlibat mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI