fbpx

Rugi RM26,877 terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Hajat seorang lelaki mahu meraih keuntungan berganda menerusi pelaburan dalam talian berakhir dengan dia kerugian RM26,877 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, mangsa berusia 53 tahun pada mulanya ternampak iklan pelaburan tersebut di dalam Facebook pada 1 Syawal, 22 April lalu.

“Dia yang tertarik dengan tawaran pelaburan lumayan terbabit telah menghubungi seorang wanita disyaki ahli sindiket penipuan berkenaan.

“Wanita tersebut kemudiannya telah meminta mangsa membuat pembayaran berjumlah keseluruhan RM6,246 dalam dua transaksi kononnya sebagai deposit membuka dan mengaktifkan akaun pelaburan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kakitangan swasta tersebut kemudiannya terus mengikut arahan suspek agar membayar lagi RM6,331 kononnya sebagai caj cukai kastam pada Jumaat lalu.

Tambah beliau, mangsa turut membayar caj tambahan lain kononnya bagi lantikan peguam dan kelulusan permohonan pelaburan.

“Dia hanya menyedari tertipu dengan sindiket pelaburan tidak wujud tersebut telah menyerahkan hampir RM30,000 sebelum membuat aduan kepada pihak polis pada semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan iklan pelaburan online agar tidak menjadi mangsa penipuan pelaburan yang tidak wujud,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI