fbpx

Mesyuarat Pra Kabinet, Anwar menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dikongsi Istana Negara berkenaan perjumpaan Yang diPertuan Agong dan Perdana Menteri hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istana Negara melalui satu kenyataan memaklumkan, pertemuan dua pemimpin utama negara itu adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri.

“Antara yang dibincangkan adalah berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI