fbpx

Banglo Ramlee Bukit Bintang, Sungai Petani bakal dilancar Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek Ramlee Bukit BIntang yang akan dilancarkan Sabtu ini.

PETALING JAYA – Plenitude Berhad (Plenitude) bakal  melancarkan  rumah contoh Ramlee Bukit Bintang pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Ramlee Bukit Bintang adalah projek perumahan banglo satu tingkat terbaru, milik
Plenitude di kawasan Bukit Bintang yang memiliki status pegangan bebas seluas 166 hektar di Sungai Petani, Kedah.

Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Plenitude, Elsie Chua berkata, projek tersebut  merangkumi tiga fasa yang mewakili sebanyak 96 unit keseluruhannya dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM 68 juta.

“Fasa satu dan fasa dua projek tersebut telahpun mencapai kadar penjualan sehingga  80 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut beliau, Ramlee Bukit Bintang menawarkan sebanyak 96 unit banglo satu tingkat yang dibina di atas tanah tinggi dengan menawarkan pemandangan bukit yang menghijau serta suasana yang sangat nyaman.

Kawasan perumahan Ramlee Bukit Bintang direka dengan satu akses masuk dan keluar,
memastikan keselamatan dan privasi penduduknya.

Sistem kabel bawah tanah membekalkan tenaga kepada lampu jalan, mengurangkan kekacauan visual dan meningkatkan daya tarikan estetik kawasan sekitar. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI