fbpx

334,000 rakyat Sudan jadi pelarian di negara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARIAN Sudan melintasi sempadan memasuki Chad dekat Koufroun semalam. – AFP

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hari ini bahawa rayuan bantuan 2023 untuk Sudan kurang AS$1.5 bilion (RM6.6 bilion)  daripada sasaran  awal dan hanya dibayai sebanyak 14 peratus.

“Rayuan bersama AS$1.75 bilion untuk Sudan hanya 14 peratus dibiayai. Dalam erti kata lain kami berdepan kekurangan AS$1.5 bilion (RM7.8 bilion),” kata jurucakap kemanusiaan PBB, Jens Laerke dalam satu taklimat di Geneva.

Dalam pada itu, agensi migrasi PBB pula menyatakan, seramai 334,000 penduduk Sudan menjadi pelarian dalam negara sendiri akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan pasukan separa tentera,  RSF yang tercetus pada pertengahan April lalu.

Menurutnya lagi, lebih 100,000 orang telah meninggalkan Sudan dan berlindung di negara-negara lain. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI