fbpx

Warga Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam tahanan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita Palestin dan anak lelakinya berjalan melintasi lukisan mural menampilkan Khader Adnan di Bandar Gaza hari ini. – AFP

ARRABA, Wilayah Palestin – Seorang warga Palestin yang melakukan mogok lapar,   meninggal dunia semasa dalam tahanan Israel hari ini, hampir tiga bulan selepas dia ditahan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Jihad Islam.

Kematian Khader Adnan segera dibalas dengan bedilan roket dari Gaza. Tentera Israel berkata, roket itu mengenai kawasan terbuka tanpa menyebabkan kematian atau kerosakan.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian Khader yang ditangkap di Tebing Barat, sebagai pembunuhan yang disengajakan.

“Khader dibunuh apabila pembebasannya ditolak, dia dinafikan rawatan perubatan dan terus ditahan di sel penjara,” kata Mohammad Shtayyeh dalam satu kenyataan. 

Perkhidmatan penjara Israel mengumumkan kematian seorang tahanan yang dikaitkan dengan Jihad Islam.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri awal pagi ini dalam kurungannya,” kata perkhidmatan penjara dalam satu kenyataan.

Khaber, 45, merupakan warga Palestin pertama yang meninggal dunia akibat mogok lapar, demikian menurut Kelab Tahanan Palestin. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI