fbpx

Pengantin lelaki ketawa lihat isteri jatuh depan tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki hanya ketawa dan langsung tidak membantu isterinya untuk bangun kembali. – Sanook

HANOI – Seorang pengantin lelaki di Vietnam menjadi sasaran  kecaman kerana mentertawakan pengantin perempuan yang terjatuh di hadapan tetamu semasa majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dia juga langsung tidak menghulurkan bantuan.

Dalam video tular itu, pengantin perempuan yang memakai gaun kembang dilihat berjalan menuju ke atas pentas.

Dia secara tidak sengaja terpijak gaun lantas terjatuh ke atas lantai.

Pengantin lelaki  dilihat hanya ketawa dan langsung tidak membantu isterinya untuk bangkit.

“Ia bukan masalah saya,” katanya sambil ketawa,  membuatkan tetamu jemputan kelihatan keliru.

Video tersebut menerima pelbagai komen netizen dengan ramai meramalkan rumah tangga mereka tidak akan bahagia.

“Melihat insiden ini sudah cukup untuk meramalkan keadaan perkahwinan mereka selepas ini,” kata seorang pengguna media sosial.

Sebilangan netizen pula menganggap ketawa pengantin lelaki itu berlaku spontan untuk menghadapi situasi tidak dijangka dan memalukan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI