fbpx

Cef selebriti tertarik hidangan air mani ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shirako adalah hidangan popular di Jepun. – AFP/Instagram

MADRID, SEPANYOL – Seorang cef selebriti dari Sepanyol berminat memperkenalkan hidangan unik dalam menu di restorannya yang menggunakan cairan  mani ikan sebagai ramuan, lapor akhbar New York Post semalam.

Dabiz Munoz  sebelum itu dijemput untuk mencuba hidangan tersebut yang dimasak oleh cef dari Jepun, Hiro Sato.

Hidangan dinamakan shirako itu amat digemari Munoz sehingga dia membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai menu di restoran mewahnya, DiverXO, di Madrid.

Shirako merupakan sejenis hidangan menggunakan ikan buntal, sotong, ikan rahib dan ikan kod.

Cairan mani ikan diekstrak dengan cara mengasingkan kantung sperma dalam ikan jantan dan boleh berbeza dari segi warna, daripada putih hingga merah jambu.

Munoz memuat naik gambar hidangan unik itu di laman Instagram  baru-baru ini dan  menerima pelbagai komen daripada pengikutnya.

Bagi yang pernah mencuba hidangan tersebut, mereka menyifatkannya sebagai ‘aneh’, ‘lembut dan berkirm’ serta mempunyai ‘rasa seperti lautan’.

“Ia berasa hangat ketika dimakan selepas dipanggang. Agak sukar untuk saya menerima rasanya, namun tekstur makanan ini sukar untuk dilupakan,” kata seorang netizen.

“Saya tidak akan memakannya,” kata netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI