fbpx

PRN: PH-UMNO P. Pinang sudah capai kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam pemimpin UMNO Pulau Pinang dan PH bertemu secara rasmi semalam bagi membincangkan isu-isu berkaitan PRN.

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan (PH) dan UMNO Pulau Pinang bersetuju untuk tidak bertembung sesama sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada calon masing-masing.

Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, persetujuan yang dicapai itu merupakan hasil pertemuan yang berlangsung semalam antara enam wakil daripada PH dan enam wakil UMNO negeri.

“Petang semalam berlaku satu pertemuan bersejarah antara pemimpin PH dan UMNO Pulau Pinang kerana kita tidak pernah bertemu secara rasmi dan rundingan berlangsung selama satu jam dalam situasi yang aman.

“Kami telah mencapai satu persetujuan untuk kejayaan PRN akan datang di mana kami (PH dan UMNO) tidak akan bertembung sesama sendiri untuk memastikan kemenangan dalam PRN,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada pilihan raya umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.

BN menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala Pas mempunyai satu kerusi, Penaga.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perbincangan semalam yang merupakan pusingan pertama perbincangan untuk PRN juga adalah berkisar kepada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merupakan kerusi majoriti Melayu di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI